Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Saturday 5 April 2014

Kalau Aku Kaya?


Assalammualaikum & Hi :)

Kalau aku kaya,
Hari hari hari raya,
Bil-bil jiran keluarga,
Aku belanja selamba.

        Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kaya (ghina) ialah kaya hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

       Kekayaan sebenar itu bukanlah hanya dengan memiliki harta yang banyak. Sikap bersyukur kita teruji dengan kemewahan yang kita miliki sama ada kita benar-benar menggunakan harta kita ke jalan Allah atau sebaliknya sebagai contoh, bersedekah.

HARTA :
  • Letak dalam Tangan : Dibelanjakan ke jalan Allah
  • Jangan letak dalam hati : Timbulkan sikap tamak, zalim

Kita perlu berusaha untuk mencari KEKAYAAN HATI yang
boleh dimiliki oleh Si Kaya dan Si Miskin.
  • Si Kaya + kaya hati    = Ketenangan hati dan kebahagiaan
  • Si Miskin + kaya hati =  Ketenangan hati dan kebahagiaan

     Tidak semua orang kaya harta dan memiliki wang ringgit yang berjuta TETAPI semua Si Kaya dan Si Miskin mampu meraih satu kurniaan iaitu KAYA HATI.

Sumber : Semuanya Soal Hati, Pahrol M.J
 #oren


Ujian Hati


Assalammualaikum & Hi.

Ahli kebijaksanaan berkata, "Jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah DIKUATKAN HATI untuk menghadapinya."
  • Saat diuji itulah segala sifat mazmumah (ego, banyak berkata-kata(lagha), hasad dengki, iri hati, takbur dan riyak) akan dimamah.
    Dalam pergaulan seharian kita sesama manusia, pasti ada yang punya perasaan hasad dengki terhadap kelebihan seseorang. Ada saja hal yang tak kena di matanya. Ada saja hal yang menjadi topik untuknya bercerita tentang keburukan seseorang. Orang seperti ini memiliki sifat mazmumah yang boleh menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri dan hidupnya tidak tenang. 

     KUATKANLAH HATI kita untuk berdepan dengan insan-insan yang tergolong dalam kategori ini. Bersabarlah kerana ianya adalah salah satu daripada sifat mahmudah. Elakkan diri daripada menjadi batu api atau pengadu domba dalam perhubungan sesama insan. Berkatalah perkara yang baik atau lebih baik diam.
  • Tersenyumlah dengan penghinaan.
  • Redhalah dengan kesepian.
  • Jangan takut akan kelicikan, tipu daya, dan kelicikan manusia. 
 Sumber: Semuanya Soal Hati, Pahrol M.J

 Ada rakan berpesan. Katanya, "Kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita."

#oren

Friday 4 April 2014

Kaya pada ilusi, bukan pada realiti.


Assalammualaikum & Hi :)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Bukanlah kekayaan itu dengan harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati. “ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kaya pada ilusi, bukan pada realiti.

  • Orang kaya yang berada dalam kategori ini terseksa hidupnya akibat sifat tamak, hasad dengki dan sibuk dengan urusan dunia hingga mengabaikan tanggungjawab.

      Ada orang berharta namun tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya; asyik mengumpul harta hingga tanggungjawabnya terabai. Ada insan  memiliki wang yang banyak namun tidak dapat merasai kemasinan garam kerana menghidap penyakit darah tinggi. Ada juga orang berada yang tidak dapat merasai kemanisan gula kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya. Ada yang tidak tenang hingga tak dapat tidur memikirkan tugasan, temu janji dan perancangan untuk memajukan bisnesnya. 

Jelaslah bahawa harta bukan ramuan untuk mendapat kebahagiaan dan ketenangan hidup.
                                                                                                       
Sumber: Semuanya Soal Hati, Pahrol M.J

#oren
 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren