Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Saturday 12 April 2014

Kita Sama, Semuanya Sama.


Assalammualaikum & Hi. :)


Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan. 
(Ramli S)

          Sememangnya kau, aku, dan kita semuanya sama cuma amalan kita berbeza. Dari itu, usahlah kita memandang rendah terhadap kekurangan insan lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada meskipun berbahagia dalam hal-hal yang kecil. Biarpun kasutmu bukan diperbuat daripada emas yang berkilauan atau tidak berkasut, usahlah mengeluh,  ada insan istimewa di dunia ini tanpa berkaki.

           Firman Allah SWT yang bermaksud "Jika kamu bersyukur, sungguh pasti aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu." (Surah Ibrahim 14:7)

       Tanamkan sifat qanaah dalam diri dan sentiasa berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Lapangkan hati untuk menerima setiap ujian yang menimpa ke atas diri kita kerana ada insan lain yang ujiannya lebih berat dari kita.

#oren





No comments:

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren